ALIF BA TA

ALIF BA TA

15 July 2015

Perjalanan Aku, Ceritera ‘Semalam' & Kisah Hari Esok

Assalamualaikum wbt.

Pasca keputusan SPM 2009, aku sudah mula untuk melupakan hasrat untuk meyambung pelajaran ke universiti luar negara. Memang menjadi impian waktu tu dapat masuk dan belajar kat oversea. Tapi disebabkan keputusan SPM tak berapa bagus, impian itu hampir-hampir berkecai.

Namun, benarlah, perancangan dan aturan Allah itu Maha Hebat. Aku teruskan perjuangan dari bidang sains tulen melompat masuk ke bidang perakaunan. Aku memilih untuk ke UiTM Lendu dan mengambil Diploma dalam bidang Perakaunan. Mungkin bagi sesetengah individu, DIPLOMA ni kelihatan picisan dan mudah. Namun tidak bagi aku. With no basic knowledge about accounting, aku betul-betul bermula dengan ZERO!

Terima kasih pada pensyarah2 dan sahabat2 lama di UiTM Lendu dulu yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam mendepani cabaran ketika itu. Alhamdulillah, sekali lagi Allah mempermudahkan urusan ini. Dalam kesibukan sebagai pemimpin pelajar waktu itu, Allah permudahkan jalan bagi aku ‘score’ dalam setiap peperiksaan yang akhirnya dengan keputusan CGPA 3.93, melayakkan aku untuk terbang ke bumi Cardiff di bawah tajaan Petronas. Aku tidak pernah bermimpi untuk ini semua.

Kalau dulu sewaktu keputusan SPM diumumkan aku telah menghampakan ami dan abah, tetapi kali ini air mata yang tumpah dari kedua pasang mata kedua orang tuaku ini, adalah air mata kegembiraan. Kini, seorang lagi anak peniaga air pasar malam akan terbang jauh dari tanah melayu merantau ke bumi Inggeris.

Cabaran di bumi Inggeris ini juga mungkin biasa-biasa sahaja bagi sesetengah individu. Tapi bukan aku! Dengan sijil Diploma (sistem pengecualian kredit) yang aku ada, ianya melayakkan aku untuk terus melompat ke tahun kedua pengajian. Dari peralihan sistem pengajaran dan pembelajaran Diploma ke Degree hinggalah masa menyesuaikan diri di tempat orang yang jauh dari keluarga, semua itu harus dilakukan dengan secepat mungkin, agar tidak ketinggalan dengan sahabat yang lain.

Siapa kata jalan merintis 2:1 ini mudah bagi aku? Aku pernah jatuh dan menangis sendiri. Peperiksaan winter pertama aku, ada dua subjek utama aku GAGAL. Satu kertas dapat 28/100, satu lagi 32/100. Malu punya pasal, aku tak pernah bagitau siapa2 pun yang aku gagal dua paper waktu tu. Waktu tu, letak harapan first class, memang jauh sudah dari pandangan. Malah kalau letak second class upper pun rasa jauh nak dicapai. Memang mengharap dapat lulus pun dah kira bersyukur dah.

Tetapi aku yakin, bahwa gagal sekali tidak bermakna akan gagal buat selama-lamanya dan ingat yang Allah akan bantu kita dengan apa jua cara sekiranya kita meletakkan usaha dan kemudian pengharapan serta kepercayaan kepadaNya.

Alhamdulillah, walau pun keputusan 2:1 ini tidaklah sehebat mana pun nak dibanding dengan kawan2 lain, namun, aku tetap bersyukur. Manakan mungkin aku tidak bersyukur kepada Dia, sebab terlalu banyak dan agungnya pemberian Allah pada aku.

Salah satu dari nikmatNya adalah aku sudah ditawarkan 5 peluang pekerjaan di UEM Group, Khazanah, Ernst & Young, Deloitte dan Axiata Group walaupun keputusan final exam belum pun diumumkan. Dan juga keputusan 2:1 yang memang jauh sebenarnya dari apa yang aku boleh capai dari target ini juga adalah nikmat dari Allah yang paling besar. Semua ini adalah dengan kehendak dan seizin Tuhan Rabbul Jalil.

Ceritera di atas ini, bukan untuk dibanggakan, namun hanya sebuah perkongsian, untuk sesiapa sahaja yang merasakan dia sedang berada jauh dibawah, jangan pernah berputus asa dari berharap padaNya. Kerana Dia, Allah, Tuhan Yang Maha Pemberi, Maha Pengasih dan Penyayang. Saya suka berpegang pada kata-kata ini, ‘WHEN THERE IS A WILL, THERE IS ALLAH WILL SHOW THE WAY’.

Ceritera di atas, adalah cerita ‘semalam’ saya, sedangkan ceritera sebenar sebenarnya baru sahaja nak bermula. Ceritera esok, lusa dan seterusnya, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Cuma satu pinta saya, seandainya kalian lihat satu ketika nanti aku berada dibawah, mohon jangan dilupa panahan doa buat aku dan tariklah tangan ini naik bersama kalian.

Jika suatu hari nanti kalian lihat aku alpa dengan candu dunia, tolong tampar pipi ini sedarkan aku untuk melihat kembali ceritera aku yang semalam. Agar aku tidak lupa rumput di daratan, tika aku asyik di awan.

Terima kasih Allah, Terima kasih Ami and Abah dan sanak saudara, Terima kasih para murabbi ku, Terima kasih sahabat handai sekalian. Atas doa dan sokongan. Moga Allah memberi ganjaran sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat. Amin.

No comments: