ALIF BA TA

ALIF BA TA

14 February 2015

PERKASA bertamu di Cardiff [Bahagian 1]

PERKASA [ Bahagian 1 ]

(AMARAN: Jangan baca, PANJANG) !

Alhamdulillah, kehadiran Dato Ibrahim Ali (DIA) Presiden PERKASA Malaysia ke bumi Cardiff, tepat pada waktu dan ketikanya. Tika ini, sosok tubuh Sang Presiden ini sedang dihentam teruk berikutan satu status Facebook yang dimuat naik di laman fb milik beliau.

Intipati status itu menjadi kontroversi apabila ucapan takziah atas pemergian tokoh ulung negara, TGNA kelmarin, disusuli dengan kritikan pedas terhadap kepimpinan almarhum Tok Guru dalam memimpin kerajaan Kelantan. Berikut adalah beberapa lontaran idea dan juga soalan yang sempat saya kemukakan dalam pertemuan ini:

1) Isu status FB kontroversi

Saya bertanyakan tentang isu status FB ini, adakah ia dari tulisan dan pandangan DIA sendiri? Dan mengapa bila dihentam, status itu dipadam, tanpa ada penjelasan? atau permintaan maaf?

Jawapannya, YA. Memang ia dari pandangan beliau, namun yang memuatnaik status itu adalah salah seorang admin page berkenaan (di Malaysia) tanpa pengetahuan DIA. Dan selepas status tersebut dihentam teruk, admin tersebut telah memadamkan status itu dari laman FB milik DIA juga tanpa pengetahuan. DIA kata dia tidak akan apologetik terhadap kata-kata tersebut, kerana itu adalah pandangan peribadinya terhadap almarhum. (Ada beberapa perkara yang disebutkan yang pada pendapat saya lebih baik tak ditulis disini).

Jawapan balas saya:

Saya hormat pandangan DIA, namun, bagi saya dengan memuatnaik status seperti itu, ianya suatu tindakan yang kurang bijak, dan tidak kena pada masanya. Walau apa pun kesilapan dan kesalahan mahupun kritikan, ianya sedikitpun tidak akan menghilangkan rasa hormat pada orang yang sudah dipanggil menghadap Ilahi. Apatah lagi, status tersebut, dimuatnaik belum usai 24 jam pun TGNA dikebumikan.

Saya bukan pentaksub TGNA, namun kalau ditanya siapakah contoh tokoh kepimpinan yang saya pilih, sudah tentu jawapannya pada dua sosok tubuh ini; Almarhum TGNA dan Tun Dr Mahathir. Malah saya yakin, hatta ditanya pada seluruh rakyat Malaysia pun rata-rata jawapannya sama. Maka tidak bolehkan DIA melahirkan sedikit rasa hormat? Bukan tak boleh kritik, tapi tunggulah dulu, tidak kena masa!

Setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Setiap manusia tidak akan terlepas dari dosa. Kritikan pada TGNA, tatkala belum sampai 24 jam pemergiannya, bagi saya, ia satu tindakan yang tidak kena pada masanya.

Jawapan balas saya ini, dibalas semula dengan DIA menegakkan pendiriannya semula. Dan tidak berganjak. Saya tidak mahu membuat hujah ini meleret panjang, sekurang2nya, saya sudah sampaikan pandangan saya pada DIA, terima atau tidak, terpulanglah. Sekurang2nya, saya tidak hanya menjadi pahlawan papan kekunci semata! Alhamdulillah diberi kesempatan ini.

2) Kenapa PERKASA salahkan Cina sedangkan kuasa ada di tangan Melayu?

Penjelasan Soalan:

Soalan ini merupakan soalan yang rata-rata dari kita seringkali dengar dan mungkin jadi soalan 'maut' untuk PERKASA. Hari ini, dari kedudukan Raja, Perdana Menteri, hingga lah kepada pembuat dasar, rata-ratanya dari kalangan orang Melayu, namun, mengapa hak-hak orang Melayu masih tidak terjaga?

Jawapan DIA:

Agenda PERKASA bukan menyalahkan cina, india atau kaum-kaum lain dek kerana kelemahan Sang Penguasa Melayu sendiri dalam membela dan mempertahankan bangsa Melayu. PERKASA tidak main sindrom menyalahkan orang Cina!

Namun, PERKASA terpaksa hadir dalam situasi politik tanah air kerana melihat kepada beberapa tekanan dari chauvanis Cina yang semakin hari semakin melampaui batas. Hal ini semakin jelas kelihatan apabila UMNO/BN gagal dalam mempertahan 2/3 undi dalam dua PRU!

Chauvanis2 Cina ini lah yang menyusun agenda bagi memastikan hak2 kaum bumiputra sedikit demi sedikit diganggu gugat. Malah lebih teruk lagi, mereka ini bukan sahaja bermain sentimen perkauman, malah turut menyentuh isu-isu sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi negara. Maka orang2 ini lah yang sebenarnya menjadi musuh PERKASA. PERKASA bangkit, disebabkan UMNO sudah tidak mampu membela dan mempertahankan orang Melayu! PERKASA bangkit, disebabkan PEMUDA UMNO takda telor bkn macam dulu lagi dah!

3) Isu lain yang diperjuangkan PERKASA (Baca: Melayu Liberal) ?

Selain dari isu bumiputra, PERKASA juga sangat lantang dengan golongan liberalis! Isu COMANGO dengan tuntutan2 hak asasi manusianya turut mendapat kritikan dari PERKASA.

Ada satu ayat yang saya setuju dengan DIA. Beliau kata, kalau ramai dari kalangan musuh-musuh (baca: Msiakini,RBA) kita ni, setiap hari dok hentam,serang macam2, apa maknanya? Maknanya, ada perkara yang kita buat itu betul dan mereka merasakan terancam dengan susun atur serta gerak langkah kita yang bakal mematikan percaturan mereka!

Betapa kita perlu sedar, hari ini, ummat Islam di Malaysia, saban hari dicengkam dan bertalu-talu dihentam! Sama ada kita tidak sedar, atau sedar tapi buat2 tak tahu, atau memang tak sedar langsung dengan agenda mereka ini. Maka PERKASA hadir selaku third force, yang bangkit dengan lantang mempertahan agenda agama, bangsa dan tanah air dari golongan segelintir dari non-bumi yang tidak faham erti hormat-menghormati yang sudah sejak sekian lama diamalkan di bumi tanah nusantara milik Melayu ini.

Saya akan sambung beberapa perkara yang tidak dapat disampaikan ke telinga DIA sendiri dalam pertemuan ini dek kerana kesuntukan masa dan keadaan yg kurang mengizinkan dalam Bahagian 2 nanti.

Sekian.

Hazwan Mohamad
Cardiff
14.02.2015
12.16pm

p/s: Aku bukan jurucakap PERKASA tongue emoticon lol

No comments: