ALIF BA TA

ALIF BA TA

05 October 2013

Kering Pahala,Basah Dosa

Nafas yang kita hela,
Bukan bermakna kita yang empunya,
Nyawa yang tersisa,
Bukan beerti buat selama-lamanya.

Ada dua jalan yang kita boleh pilih bersama,
Samada mahu pahala atau dosa,
Mahu menuju syurga atau neraka.

Pilihan kita mungkin sahaja memeritkan dunia,
Tetapi insyaALLAH,ianya kebaikan di sana.

Walau siapa pun kita,
Jangan pernah lupa asal usul kita.

Pesan Baginda,mudah sahaja,
Pegang Kitab dan As-Sunnahnya,
Nescaya tiada sesat bercempera.

Ini coretan buat hamba yang banyak dosanya,
Dan juga diri yang tidak pernah melimpah pahalanya,
Moga jadi pedoman buat semua.

Selamat Malam 

-HM-
Cardiff,Wales.
23:24PM
4 Oct 2013

No comments: