ALIF BA TA

ALIF BA TA

02 October 2013

Hakikat Perjuangan United Malays National Organization

.

Assalamualaikum wbt.

Tarikh Pemilihan Agung UMNO 2013 semakin menghampiri. Bagi saya ianya merupakan tarikh2 terpenting kemandirian sebuah parti keramat yang bernama United Malays Nation Organization. 

Sy melihat dari jauh akan hakikat sebuah perubahan "THE CHANGE" yg peri pentingnya tiada akan kita ketahui untuk sebuah penerusan warisan leluhur nenek moyang kepada generasi Y dan Z.

PERUBAHAN! Ya sebuah perubahan,yang memungkinkan parti ini bakal membawa legasi yang baik atau memahatkan paku terakhir di kerandanya sendiri bagi mendepani PRU14.

Keputusan ahli2 parti untuk tidak mencabar kerusi empuk Tuan Presiden dan Timbalannya saya hormat penuh.Aura NAJIB-MUHYIDIN ini masih kuat infra nya justeru agak kurang setuju andai ianya di lemahkan.

Namun dari sudut posisi kepimpinan lainnya,tampak cabaran yg dihulurkan tidak kurang hebatnya. Naib Presiden,Ketua Pemuda,Ketua Wanita semua penyandangnya tidak senang duduk. Apatah lg untuk kerusi Naib Presidennya.

Apa pun jua,tanggal 10 Oct ini ahli2 parti bakal mendepani satu perubahan baharu dari sudut pemilihannya.Sistem mungkin sudah baik,namun bagaimana pula tentang sikap dan minda nya.

Parti keramat ini,usianya sudah lebih separuh abad,pemimpinnya bersilih ganti,yg baik yg kotor pun ada.Apa yg perlu kita ketahui hari ini adalah,andai UMNO tidak BERUBAH,jangan hiba tatkala REBAH!

STOP! POLITIK WANG
BERSIHKAN UMNO

HAZWAN BIN MOHAMAD
20:15PM
Cardiff,Wales,UK.

No comments: