ALIF BA TA

ALIF BA TA

04 October 2013

Dari Kota Lendu ke Kota London PART 2

Assalamualaikum wbt.

Sambungan dari entri yang lepas. Ramai yang bertanya tak perlu apply scholar ke ...macam mana nak apply biasiswa dan sebagainya. InsyaALLAH entri ni ABT akn terangkan moga bermanfaat buat semua.

PERMOHONAN BIASISWA

Seperti yg ABT ckp semasa entri lepas,disebabkan kita adalah pelajar lepasan diploma,tak banyak yang sudah ditawarkan scholar pada mulanya.Tak macam student2 fresh lepasan SPM mereka memang sudah ditawarkan biasiswa dan kemudian buat persediaan di Malaysia dahulu sebelum fly.

Sejujurnya ABT katakan biasiswa yang dibuka untuk pelajar lepasan Diploma memang terhad. Memang akan dibuka untuk semua contohnya Bank Negara,Maybank mereka akan announce di surat khabar online dsb terbuka kepada lepasan SPM dan diploma.Namun mengikut pengalaman ABT memang kebanyakkannya akan memberi fokus terlebih dahulu untuk pelajar lepasan SPM.

Antara biasiswa yang akan dibuka seawal bulan 7 lagi,adalah MAYBANK,MDB,PENERAJU,YAYASAN TENAGA NASIONAL,SEKURITI MALAYSIA dan banyak lagi boleh google lah. JPA? MARA? Takde ke? hahaha ini tak berani nak cakap sebab ianya bergantung kepada polisi mereka untuk tahun itu.Contohnya,masa tahun ABT tu MARA buat polisi untuk taja scholar kepada MASTER atau PHD sahaja. Kalau untuk undergraduate MARA hanya akan sediakan LOAN / PINJAMAN sahaja. JPA pulak,untuk tahun ni, hanya provide biasiswa untuk mereka yang sudah mendapat tempat di 10 Universiti terbaik Dunia yang diranking oleh QS itu sahaja.Memang ramai la kawan2 bangsa Cina time ni hadir untuk interview JPA (hehehe pernah pegi interview ni walau tak layak,next entri ABT cerita) . Jadi? Apa nak buat? hehehe my advise is MOHON sahaja lah semua sekali.. Nampak je bukak application untuk apa2 juga biasiswa,terus submit application ye.

Ingat,untuk mohon universiti sangat mudah sebenarnya..even pointer untuk mohon ke UK hanyalah 3.5 dan keatas. Tetapi, perit sikit untuk dapat tempat di mana2 biasiswa ini. Maka berusahalah untuk dapatkan pointer yang terbaik supaya ianya dapat memudahkan proses pemilihan anda untuk hadir interview mana2 organisasi.

Lepas ni entri ABT akan bersambung dan bercerita tentang pengalaman permohonan dan persediaan interview PETRONAS.InsyaALLAH... Jumpa lagi ya.. Assalam.

No comments: