ALIF BA TA

ALIF BA TA

20 June 2011

Kutipan KL Gangster Melepasi RM11 Juta

Kutipan KL Gangster Melepasi RM11 Juta

KUALA LUMPUR – Pengarah filem ‘KL Gangster’, Syamsul Yusof 
mengumumkan bahawa filem itu melakar sejarah baru dalam industri 
perfileman tempatan apabila kutipannya melepasi RM11 juta tidak 
sampai dua minggu tayangannya di serata pawagam seluruh negara.

Kutipan berkenaan berjaya menandingi mana-mana filem 

buatan tempatan ataupun antarabangsa yang pernah ditayangkan 
di pawagam tempatan sebelum ini.

Syamsul berkata, pencapaian itu jelas membuktikan rakyat

 negara ini dahagakan karya anak-anak Malaysia dan mampu
 memberi seratus peratus sokongan pada industri perfileman tempatan.

“Hari ini,saat ini, aku sujud syukur pada Ilahi. 

Aku berdiri dengan penuh rasa rendah diri. KL GANGSTER telah
 berjaya melakar sejarah kutipan tertinggi filem Malaysia 
mahupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di serata pawagam 
seluruh negara,tidak ketinggalan juga di Brunei dan di Singapura,

“Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. 

Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam 
masa yang sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia. TAHNIAH buat kalian semua!,” katanya dalam laman blog beliau, http://prodigiousburnsoul.blogspot.com.

KL Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Jun yang lalu dan 

membariskan para pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putera, 
Soffi Jikan selain Syamsul sendiri mengisahkan keruntuhan institusi keluarga yang dialami oleh 
watak utama, Malek (lakonan Aaron Aziz), setelah dia dipenjarakan 
selama lima tahun akibat dikhianati oleh ahli kumpulannya sendiri
 yang didalangi oleh Shark (lakonan Syamsul Yusof). Shark ialah anak tiri 
kepada King (Riduan Hashim).

Mengulas lanjut, Syamsul berkata, pada ketika ini, perasaan 

beliau adalah gembira bercampur baur dengan hiba ekoran masih 
terasa kehangatan tanah pusara datuknya, Arwah Tok Wan yang 
meninggal dunia hampir lapan bulan yang lalu.

“Tiada apa yang mustahil jika kau bersungguh-sungguh berkerja, 

ikhlas dengan niat yang baik. Yang lain kau serahkan pada DIA.
 DIA tahu kerja DIA. DIA Maha Adil. Orang nak cakap 
buruk tentang kita, biarkan. Orang mahu perlekehkan usaha 
dan hasil kerja kita, biarkan,

“Jangan melatah dan mudah naik darah. Fikir sebelum kau bercakap

 dan bertindak. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? 
Berganding bahulah dengan Papa dan keluarga. Merekalah 
orang-orang yang tidak akan pernah jemu memberi sokongan
 dan akan terus membantu sampai bila-bila,walaupun sampai Tok Wan tiada.. ”

Itulah amanat ‘Tok Wan’ dalam perbualan t
erakhir sebelum arwah meninggal dunia, cerita Syamsul.

No comments: