ALIF BA TA

ALIF BA TA

21 May 2011

TANAH RUNTUH : KITA MUDAH LUPA DAN ALPA !!!

Mungkin anda tidak perasan, tetapi setiap kali berlakunya runtuhan yang memakan korban, maka menteri yang berkaitan akan mengeluarkan kenyataan yang sentiasa sama, tidak kiralah siapa pun menteri yang JKR berada di bawahnya.

Kali ini Shaziman Mansor pula bersuara. JKR akan diminta meneliti dan mengkaji kawasan tragedi tanah runtuh melibatkan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Menariknya, Shaziman berkata, kawasan tersebut telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh tetapi tidak dilaporkan.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak-anak yatim itu tertimbus dalam kejadian itu.

Setakat 9 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Ketika tragedi Highland Tower yang mengorbankan 48 orang pada 11 September 1993, pelbagai cadangan, undang-undang yang melibatkan pembinaan di cerun, pembalakan, pembersihan tanah dan sebagainya dibuat.

Tetapi ianya sekadar bertahan selama beberapa tahun sahaja sebelum kesemua peraturan berkenaan terbuang begitu sahaja apabila lebih banyak binaan dibuat di cerun-cerun bukit, penggondolan bukit tidak terkawal, pembalakan dan sebagainya.

Dan sekarang, satu lagi tragedi berlaku. Skrip lama dikeluarkan dan selepas ini, akan keluarlah pelbagai arahan dan undang-undang... dan selepas itu berlaku lagi ulangan tragedi, lagi sekali skrip yang sama dibaca... dan ianya berulang dan terus berulang....

No comments: