ALIF BA TA

ALIF BA TA

16 May 2011

SELAMAT HARI GURU ! JASAMU KUKENANG HINGGA HUJUNG NYAWA ...

Hari ini tanggal 16 mei merupakan tanggal hari yang amat-amat bermakna buat seluruh guru-guru malaysia. G.U.R.U.GURU apakah ertinya? Guru merupakan para pendidik yang telah mengajar kita erti apa jua disiplin ilmu dalam kehidupan kita. Dari kita kecil sehinggalah dewasa. Di kesempatan ini ABT ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat guru-guru ABT yang telah mendidik ABT dari kecil hinggalah kini. InsyaALLAH segala ilmu pemberian guru-guru sekalian ABT akan semat di dalam dada dan akan berkongsi demi sebuah kenikmatan ilmu! Teringat lagi ABT menyampaikan sebuah sajak GURU pada ketika majlis sambutan hari guru di sekolah menengah sains kuala selangor tahun 2009 dahulu : 


Berburu ke padang datar 
Dapat rusa belang kaki 
Berguru kepala ajar 
Ibarat bunga kembang tak jadi 
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979

TERIMA KASIH CIKGU,JASAMU KU KENANG HINGGA HUJUNG NYAWA! 

No comments: