ALIF BA TA

ALIF BA TA

30 December 2010

Slovakia,Harimau Sang Juara,Intensif Eropah,DS NAJIB TRANSFORMASI BOLA SEPAK~

Assalamualaikum 2 all...

Kemenangan selepas 14 tahun penantian Malaysia dalam AFF SUZUKI CUP 2010 ini sebenarnya sedikit sebanyak memberikan harapan dan sinar baru buat industri bola sepak Malaysia.

Kemenangan anak didik Rajagobal ini juga mengutus satu aspirasi bahawa pelaburan membawa skuad muda kita ini ke negara Slovakia demi menjalani latihan intensif di sana membuahkan hasil.

Hal ini mematahkan beberapa hujah2 dangkal apabila mula-mula kerajaan menghantar skuad muda ini untuk berlatih di Slovakia. Ada di antara mereka mengatakan satu kerugian apabila kita menghantar pasukan berlatih di sana. Namun syukur Allah telah memberikan petunjuk dan sinar hidayahnya. Hari ini mereka yang mengutuk dan membangkang semua itulah yang bersorak sorai mengaku dia anak Malaysia dia satu negara dengan juara baru asia tenggara ini!

Nah,DS NAJIB satu petanda dari industri bola sepak negara. Satu isyarat yang tidak berbelah bagi untuk DSN merubah dan sekali lagi menstrukutur semula tim kebangsaan ini agar mampu merobek dunia satu hari nanti.

Maka andaikata hari ini si juara mendapat latihan intensif hanya di Slovakia maka tidaklah keterlaluan andaikata kita perlu mengharapkan mereka ini dihantar ke negara-negara yang memiliki kemampuan dan nama2 besar dalam industri bola sepak ini. Hantarlah mereka skuad kebangsaan dan juga berikan peluang dan ruang cari bakat-bakat cilik dan hantar juga mereka ke negara-negara itu agar apabila hilang nanti salih tumbuh berganti.

Ayuh DSN kami sentiasa dibelakang anda demi mentransformasi agenda bola sepak negara!

No comments: