ALIF BA TA

ALIF BA TA

26 December 2010

Malaysia vs Indonesia : Semoga Berjaya Harimau Malaya!

Assalamualaikum 2 All...

Malam ini akan menjadi detik paling bersejarah buat negara seandainya skuad harimau malaya mampu menundukkan Garuda dengan ledakan gol yang banyak. Semua strategi dan latihan sudah siap untuk meledakkan gol Sang Garuda. Doa-doa dari kita semua sudah siap untuk menundukkan sang Garuda.

Sesungguhnya ABT melihat pertemuan dua buah negara ini dalam gelanggang bola sepak merupakan pertemuan yang agak panas sebenarnya. Dengan isu-isu semasa yang mengheret kedua-dua buah negara ke kancah kegelisahan sejak dahulu lagi. Maka ABT melihat pertemuan kali ini adalah amat penting dan sengit buat kedua-dua belah pihak,apatah lagi ini adalah pertemuan di peringkat AKHIR~

Buat sang Garuda misi mahu Ganyang Malaysia akan terus mereka pertahankan kerana ego melepasi segala-galanya. Mereka hanya mahu melihat negara jiran mereka ini yang banyak membantu rakyat negara mereka tersungkur dalam apa jua perkara.

Namun bagi Harimau Malaya kita cukup kental dan bersedia dalam mengharungi apa jua perkara dan yang paling penting kita sudah cukup bersedia mental dan fizikal. Ayuh! Ganyang lah Garuda lihat siapa yang kena nanti.

Alles! Semoga berjaya buat pasukan Harimau Malaya. Ayuh angkat martabat negara setinggi langit dan andai jatuh pun biar tersangkut di bintang jangan sampai tersembam ke bumi~ Harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia jangan sekali dipersiakan, Doa kami sentiasa bersama dengan langkah sepak anda semua.....

p/s: Semoga berjaya buat semua pemain. Buat peminat dan penonton di bukit jalil malam ini berhati-hati ar..hehe~ ABT TGK KAT TV je... =)

No comments: