ALIF BA TA

ALIF BA TA

19 December 2010

KHUTBAH JUMAAT PALING BEST~Ustaz Abdullah Khairi!

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada Jumaat lepas ABT berpeluang kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk bersama-sama duduk dalam masjid taman ABT duduk ni.untuk bersama2 bersolat jumaat. . Dan masyaALLAH khutbah yang disampaikan oleh ustaz tersebut amatlah menarik dan lain daripada yang lain. Al maklumlah khatib2 sebelum ini biasa2 saja khutbahnya. Namun ustaz seorang ni bangkit2 sahaja selepas azan kedua dilaungkan terus menjerit.ingatkan kena sawan ke ape ke tapi dia menjerit menyuruh jemaah agar tidak tidur ketika mendengar khutbahnya. Hal ini cukup beliau tekankan kerana khutbah jumaat ini merupakan pengganti dua rakaat solat zohor kita maka andaikata kita menidurkan diri kita maka samlah kita sudah tidur semasa dua rakaat solat zuhur kita. Jangan main2 dengan ustaz ni sekali dia jerkah orang tidur pun boleh bangun berdiri hahaha..bukan tu aje ustaz ni siap jerkah remaja2 dan adik2 yang bising kat luar masjid siap boleh sound lagi sekumpulan remaja yang berada di luar masjid berborak2 dan menghisap rokok.Sepatutnya begitulah khutbah jumaat bukannya khutbah jumaat itu dijadikan tempat untuk membaca teks sahaja...dan yang paling meyentuh hati di khutbah kedua ramai yang meleleh air mata beb. mana tidaknya dengan gaya penyampian ustaz ni yang bersahaja dan tidak mengikut teks semata2 beliau juga bergenang air mata apabila bercerita ttg kisah Nabi SAW semasa hijrahnya dan wafatnya baginda SAW. ABT yang murah air mata ni apa lagi bercucuran lah air mata di situ...tapi cover2 la jugak kan...hehehe~ Apa-apa pun syabas dan tahniah kepada USTAZ ABDULLAH KHAIRI ini teruskan perjuanganmu semoga ada yang mengikut jejak langkah mu nanti~

No comments: