ALIF BA TA

ALIF BA TA

25 December 2010

Harimau Muda~ Ayuh tunjukkan taringmu rebahkan Garuda di Tanah Airmu~

Assalamualaikum 2 All...

Hari ini 25 Disember 2010. Hari Natal buat semua penganut agama kristian. Namun hari ini juga merupakan terakhir skuad negara mempersiapkan serangan dan startegi demi menumbangkan sang Garuda pada esok hari.

Kemenangan atau gol besar pada hari esok sebenarnya amat-amat penting buat skuad negara. Melihat kepada segala aspek fizikal mood atau feel para pemain negara akan berada di puncak apabila bermain di negara sendiri yang akan disaksikan oleh hampir 70000 penonton secara live di bukit jalil. Dan dalam hal inilah mental para pemain sudah pasti akan berada pada tahap terbaik. Maka diharapkan dengan sokongan dan jerit padu para penyokong Harimau Muda ini bakal membantu meledakkan gol ke gawang Garuda~

Berbanding apabila skuad kita bermain di padang lawan untuk pusingan kedua nanti,sudah pastilah berjuta rakyatnya akan memenuhi stadium nasional mereka. Dan lautan merah putih itu sudah pasti membuatkan mental para pemain sedikit sebanyak akan terganggu. Maka starteginya akan jadi lebih mudah di pusingan akhir  kedua ini andaikata sudah banyak ledakan gol untuk Malaysia di akhir pertama.

Maka harapan kita agar skuad Harimau Muda dapat mempertajamkan skill di akhir2 titik masa perjuangan ini dan memantapkan barisan pertahanan mereka sebelum berjuang menemui sang GARUDA di perlawanan akhir nanti~

Kami rakyat Malaysia sentiasa bersama anda~

No comments: