ALIF BA TA

ALIF BA TA

21 December 2010

BAS EKSPRESS~BAS EKSPRESS LAGI~LAGI-LAGI BAS EKSPRESS

Assalamualaikum 2 all...

Entri kali ini ABT nak menyentuh tentang PELESIT. Pelesit ni bukan calang-calang pelesit.Pelesit ni kalau yang naik dia 40 orang sekali dia mengamuk semua kembali ke alam barzakh. Bas ekspress itulah pelesit yang memang paling digeruni lah setakat ni. Ramai dah tok bomoh yang cuba try test hehe nak halau pelesit2 ni dan menghalang pelesit ni dari bermaharajalela membunuh insan tak berdosa tetapi GAGAL. Tok Moh dalam majalah APO tu un tak mampu nak buat hehe~

Pagi tadi ABT baca surat khabar Utusan Malaysia yang akhbar paling banyak jasanya pada bangsa melayu ( politik sikit) haha muka depan menayangkan kejayaan PELESIT tersebut mengorbankan 25 penumpang beliau.

Ish2 seram sejuk rasanya bila baca berita tersebut. Apa lah nasib kita kan dalam tahun ni je banyak sungguh berita-berita kemalangan bas ekspress ni. Yang ABT pelik dan ajaib ni mereka ni ( PEMANDU PELESIT ANTARABANGSA) ni tak baca berita ka? Sehari selepas kejadian yang menimpa BAS EKSPRESS SANI utusan malaysia ada buat kajian dan eksperimen mereka dapati ada lagi pemandu2 bas2 ekspress ni yang masih memandu dengan laju dan memamng macam pelesitlah. Tak tahu la apa nak jadi. Yang jadi masalahnya PENUMPANG (seperti ABT la) hehe~ naik takut pulak bila nak naik bas ekspress . Habis kalau x naik nak balik kampung naik apa kan? Naik kaki? Hahaha~

ABT ada terfikir satu cadangan ni. Hari tu sempat jugak la ABT menonton hehe video yang merakamkan bagaimana penumpang2 bas ekspress SANI yang terlibat dalam kemalangan kat simpang ampat tu. MasyaALLAH ngeri gila la. Ada tangan bersepai otak terkeluar...haihh~ So cadangan ABT. Pemandu-pemandu bas ekspress terhormat sekalian anda perlu diwajibkan menontong video tersebut sebelum memulakan perjalanan.

Bukan apa ianya merupakan salah satu cara yang bisa membuat pemandu2 tersebut sentiasa berhati-hati dan tidak alpa dengan tugasan mereka. Ingatlah kami (sedih) insan yang sentiasa mengharapkan perjalanan yang selamat sampai ke destinasi kami. Maka pemandu-pemandu sekalian tolong lah prihatin dan pandulah dengan cermat~

p/s: KALAU ABT NAIK BAS EKSPRESS NAMPAK PEMANDU TU MENGANTUK MEMANG ABT LEMPANG LAJU-LAJU LAH~ hahahahaha~ tapi suruh dia berenti dulu la kat tepi hahahah~

No comments: