ALIF BA TA

ALIF BA TA

30 December 2010

Alhamdulillah! Tahniah dan Syabas Malaysia~ 4-2 AFF SUZUKI CUP 2010 MILIK KITA~

Assalamualaikum 2 all...

Syukur alhamdulillah walaupun secara harfiahnya kita tewas di gelanggang Gelora Bung Karno namun kita berjaya jua dengan agregat 4-2. Akhirnya tewas juga sang Garuda dibaham Harimau Malaya.

Kemenangan ini amat terkesan sekali kerana penantian 14 tahun menunggu untuk bergelar juara amat menyeksa jiwa dan raga.Perlu diakui juga timnas Indonesia bukan calang-calang pasukan namun skuad kebangsaan berjaya dalam mengharungi semua itu.

Bukan mudah sebenarnya untuk mencari peluang meledakkan gol di pihak lawan kerana salah satu faktor utamanya adalah faktor penyokong. Lautan merah putih di Gelora Bung Karno dan riuh rendah mereka juga peru diambil kira. Namun apa-apa pun Syabas dan Tahniah buat kesemua pemain-pemain skuad kebangsaan ! Anda memang hebat~

No comments: