ALIF BA TA

ALIF BA TA

20 December 2010

20.12.2012 : Dunia Kiamat 2 tahun Dari Sekarang~ LAWAK ANTARABANGSA

ASSALAMUALAIKUM 2 ALL...

Mengikut analisis perosak iman yang diadaptasi menjadi filem 2012, pembentukan semula tamadun di dunia ini akan berlaku pada 20.12.2012. Dengan kata lain, 2 tahun dari hari ini
Ini diperkukuhkan oleh ramalan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah yang kononnya kiamat akan berlaku pada tahun 2012.



Walaupun ianya adalah gambaran sebuah filem, ianya membawa agenda yang melekat di fikiran sesetengah kelompok manusia.
Tetapi, disebalik pembikinan filem tersebut, terlalu banyak cacat cela yang membuatkan hasil filem itu boleh ditertawakan.


Pertama, apabila tsunami besar yang mencecah Banjaran Himalaya digambarkan dengan air yang jernih. Boleh menyelam dalamnya. Malah boleh dibuat kerja-kerja pembaikan pintu yang menjadi kemuncak debaran dalam filem tersebut.


Hakikatnya, kita dapat melihat tsunami di Aceh dan Phuket di mana betapa keruhnya air lumpur dasar laut yang menerpa dicampur pula dengan kotoran di permukaan bumi.


Kedua, apabila kapal penyelamat yang dibangunkan China itu akhirnya berlayar di sebuah lautan dengan sinaran mentari menyinar cerah beberapa hari selepas 20 Disember 2012.


Padahal letusan supervolcano Yellowstone yang dikatakan penyebab berlakunya kejadian tersebut kononnya memberi impak cukup besar sehingga teralih plat tektonik. Mengikut kajian saintifik, letusan Danau Toba 80,000 tahun lalu yang tidak mengkiamatkan bumi pun mengakibatkan bumi suram tanpa matahari selama bertahun-tahun.

Ketiga, apabila kononnya setelah semuanya selamat pemandangan ditarik ke atas dan terlihat bumi dari angkasa. Pada imej tersebut, kawasan hijau masih ada, melambangkan hutan dan kawasan kuning masih ada menunjukkan tanah gersang di benua Afrika dan India.

Padahal, jika berlaku tsunami yang menerjang hingga ke gunung ganang pendalaman benua, rupabentukmukabumi yang terlihat diangkasa pastinya berubah sama sekali. Menjadi kehitaman seperti di Aceh.
Seperti perancangan yang penuh cacat cela pihak yang mahu dunia segera kiamat, sesungguhnya mereka lupa, Allah Maha Mengatur kejadian alam. Jika diizinkan, maka jadilah.


Cuma kecacatan filem 2012 perlu menjadi petanda bahawa perancangan pihak yang mahu mengkiamatkan dunia pada 20 Disember 2012 juga mungkin menghadapi perancangan yang penuh cacat cela.

p/s: Cuma satu yang kita perlu imani bahawa tak perlu tunggu 2012 pun Allah boleh 'hadiahkan' kiamat pada kita semua. Yang pasti tepuk dada tanya iman. Sejauh mana kita sudah bersedia untuk menerima 'hadiah' itu. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang sentiasa mendekatkan diri pada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa. DUNIA HANYA SEMENTARA tempat persinggah membekali diri menghadapi negeri akhirat yang abadi~

No comments: